
Fenomena Adi Bulan (Supermoon) adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini telah diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.
Sementara Fenomena Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).
Kedua-dua fenomena tersebut adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun 2011 ini, ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada hari Sabtu, 19 Mac depan.
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.
Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon.
Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi. Kalau berdasarkan pengalaman saya sendiri sebelum ini, fenomena supermoon sebelum telah menyebabkan pasang besar dan air laut sampai ke halaman rumah saya walaupun kedudukan rumah berada 100 meter dari pantai. Masa itu air perigi jadi masin dan langsung tidak boleh digunakan selama lebih 2 minggu.
Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan Fenomena ‘Supermoon’ pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km. Jarak sebenar bulan dan bumi ialah 384,403 km iaitu lebih hampir dengan bumi 27,826km!
Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang. Dalam sejarah, fenomena sebegini telah berlaku beberapa kali iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Sejarah membuktikan dalam tahun-tahun berkenaan telah berlaku beberapa bencana alam yang besar.
Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bahawa bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia meskipun sedar bahawa bulan mempengaruhi pasang-surut air laut di bumi. Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ekstrem di bumi dan bukannya menganalisis berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang beliau cetuskan.
No comments:
Post a Comment