Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Monday, May 24, 2010

KONDOM TAK SUNAT



Pada suatu hari Pak Pandir mengadu pada doktor:“Doktor, dulu doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andeh saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”
Tanya doktor:“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”Jawab Pak Pandir:“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah dia (khatankan)…”
Memang kelakar kisah itu, tapi di sisi lain cerdik pun ada, dungu pun cukup. Kisah Pak Pandir dan Mak Andeh, entah benar atau tidak memang ada kelas yang tersendiri di dalam masyarakat kita. Sama juga macam kisah penggemar barangan kondom itu sendiri. Mereka adalah golongan yang ada kelas mereka tersendiri. Soalnya siapakah mereka?
Saya pernah membuat tinjauan tentang jualan kondom di pasaraya utama, butik farmasi dan kedai 24 jam. Boleh dikatakan semua pusat jualan yang saya tinjau ada membekalkan 'produk sensasi' itu. Ia lebih mudah dari mencari sebungkus garam. Yang menjadi persoalan, mengapa ia perlu di tempatkan di rak utama (ruang utama di kaunter bayaran). Seolah-olah itulah keperluan utama dalam pembelian harian masyarakat Satu Malaysia ini. Pihak KPDN&HEP patut menetapkan garis panduan untuk produk mana yang dijual bebas dan yang mana dibuat kawalan. Jika produk rokok boleh dikawal, mengapa produk kondom pula dibiarkan terjual bebas.
Dari sisi lain kita berfikir itukah kelas pemikiran masyarakat kita. Cukuplah masyarakat barat telah sekian lama dikondomkan namun apakah kejayaan yang dapat mereka banggakan dari segi membenteras gejala sosial? Saya tidak nampak apakah rasionalnya semua pemilik kedai 24 jam, pasaraya, gedung membeli belah ternama dan seumpamanya berlumba-lumba menyediakan rak khas bagi menjual bahan santapan yang tidak memberi faedah kepada semua orang. Sampaikan anak kecil pun tertanya-tanya apakah guna 'belon' itu? Ibu bapa yang bijak mungkin dengan pantas boleh menjawab - suatu hari nanti kamu akan tahu juga gunanya...Tanpa memerlukan kelas pendidikan seks di sekolah pun kanak-kanak sekarang sudah bijak belajar bermacam perkara yang suatu ketika dulu kita anggap taboo. Mereka bukan tidak tahu malah keinginan untuk menggunakan produk itu akan sentiasa membara. Mujurlah saiz kanak-kanak belum ada disediakan...Manalah tahu, suatu hari nanti ada permintaan...dan masyarakat kita terus mengambil sikap tidak peka persekitaran.
Saya pernah bertanya kepada seorang kakitangan di kaunter jualan sebuah pasaraya. Siapakah yang selalu membeli produk ini? Dia hanya menggelengkan kepala tanpa memberikan jawapan yang pasti.. Jadi soalnya sekarang, siapakah penggemar produk tersebut..Tepuk dada tanya iman...

No comments: