Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Thursday, February 11, 2010

AL-KISAH PENGALAMAN SEORANG IM

Jimie Ray menulis,
Dari seorang yang ZERO IT sebelum ini, kini saya akan melangkah lebih jauh untuk bersama Usahawan Internet ternama tempatan dan ada yang sedang dan akan menjadi sebagai JV Partner di antara mereka. Terima kasih kepada rakan-rakan IM (INTERNET MARKETER) yang telah memberikan kata-kata perangsang untuk saya terus mengorak langkah bersama-sama mereka. Sepanjang penglibatan saya di dalam dunia IM, mana-mana Usahawan Internet yang saya temui memperkatakan bahawa prospek perlu diberikan pendedahan atau follow-up sebanyak lima hingga 12 kali sebelum mereka akan membeli apa-apa daripada anda. Begitu juga dalam kontek MLM tradisional, anda harus melawat prospek-prospek anda dan menerangkan perniagaan anda terhadap mereka berulang-ulang kali sebelum mereka membuat keputusan memilih untuk menyertai anda. Ini sememangnya AMAT memenatkan anda!

Akan tetapi, dengan menggunakan Internet, anda boleh menjadikan proses ini automatik dengan menggunakan AUTORESPONDER (sistem pembalasan automatik). Usahawan Internet amat memerlukan AUTORESPONDER dan mengambil masa yang panjang untuk mengumpul senarai nama mereka bagi mendapatkan prospek yang berkualiti. Sama ada memasarkan produk sendiri, produk orang lain atau menyertai MLM Internet, 'senarai nama' memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan hasrat sebagai Usahawan Internet yang berjaya dan disegani.

Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya. Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini. Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan. Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?
Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet - lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri. Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pengusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak beretika semasa mencari prospek.

Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang “entah dari mana-mana” dengan menggunakan sebuah perisian dan menghantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan “spam” dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak beretika. Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.
Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat senarai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah “AUTORESPONDER”. Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membolehkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email kepada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus. Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran email dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya promosi anda berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda menghubungi prospek anda secara manual.
Jadi, tak mustahil sekiranya jika anda menggunakan autoresponder yang baik, anda dapat mendaftar ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda sedang tidur nyenyak di siang hari. Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder kepada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda meninggalkan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda bagi pihak anda.
Maklumat penulis:

Mohd Rozmie B. Mat Daud
www.JimieRay.com

No comments: