![]() |
| Cara Ibadah Pelik Kaum Syiah - Kiblat Pelbagai Arah? |
Para pengikut Syiah
sedang bersolat di ruang yang sama (di masjid mereka). Lihatlah gambar
di atas, mereka sedang menghadap ke arah mana ketika mereka bersujud?
Kenapa tidak menghadap ke arah kiblat sebagaimana yang diperintahkan
dalam Al-Qur'an?
Justeru itu, pasti anda
ingin mengetahui ciri-ciri penganut agama syiah yang selanjutnya selain
gambar di atas. Kali ini dibongkarkan cara mengenali penganut agama
syiah yang sesat lagi menyesatkan. Semoga Syiah tidak dapat membiak ke
rantau Asia kerana Syiah ini sangatlah berbahaya dan kejam.
![]() |
| Boleh Bersembang Semasa Sembahyang? |
Penganut Syiah di
Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama
mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam.
Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyyah." Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan daripada penganut Syiah melalui 15 ciri-cirinya di bawah ini:
- Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya bagi songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
- Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jemaah, tetapi dia terus berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia sedang menyempurnakan solat Zohor empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam mereka yang ma'sum atau wakilnya.
- Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin Ahlul Sunnah, sebaliknya dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
- Pengikut Syiah jarang solat berjemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tetapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
- Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu/tanah yang digunakan untuk menempatkan kening ketika mereka sujud apabila mereka solat tidak berdekatan orang lain.
- Jika anda perhatikan cara mereka berwudhuk, maka anda akan dapati bahawa wudhuknya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin Ahlul Sunnah. Kaki tidak dibasuh hanya disapu air saja.
- Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlul Sunnah.
- Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingati Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hassan dan Hussein r.a.
- Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a.
- Pada bulan Ramadhan, penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini, Syiah berkeyakinan seperti puak Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain, mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak bersolat tarawih bersama kaum Muslimin kerana beranggapan perbuatan tersebut adalah bid'ah.
- Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jemaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jemaah lain selain salaf. Ini sudah tentu tidak benar.
- Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Qur'an kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Qur'an yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
- Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan pada hari tersebut.
- Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
- Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut fahaman Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ahkan. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan pada ayahnya bahawa bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri pada para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
![]() |
| Satu Lagi Cara Ibadah Pelik Kaum Syiah - Sujud Mengiring Di batu? |
Kesimpulannya, ciri-ciri
mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas, masih banyak
lagi ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk
menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah
dengan memerhatikan pada raut wajah mereka. Wajah mereka bertukar
menjadi merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tetapi bila
anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah dan Hafshah, atau
sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhunn, maka tidak ada sedikit
pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah mereka.
![]() |
| Sambutan Hari Karbala - Adakah Ini Perintah Rasulullah SAW? |
Akhirnya, dengan hati
yang terang bahawa Ahlul Sunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari
wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda
perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini
dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para
sahabat Nabi S.A.W dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn
yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T. Wallahua'lam.
Nota kaki:
Menurut kajian Jakim, fahaman Syiah mula berkembang di Malaysia berikutan kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 yang berasaskan aliran Syiah Rafidhah. Selain merayakan Hari Asyura, Hari Karbala, Wiladah Fatimah Az-Zahra, kaum Syiah juga merayakan Hari Nairuz sempena memperingati perayaan kaum Majusi pada setiap 21 Mac (Rujuk Buku tulisan Mohd Aizam Mas'od - Soal Jawab Isu Syiah di Malaysia). Upacara 10 Muharram contohnya memperlihatkan aliran fahaman Jahilliyah yang begitu ketara menyimpang dari amalan Islam Ahlus-Sunnah malah bukan yang dituntut oleh Nabi SAW.









No comments:
Post a Comment