Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Thursday, February 25, 2010

CILI KHATAN

Jangan gelak. Bukan nak buat citer lawak nie. Pun bukan nak ada-adakan citer. Memang dah kejadian Allah SWT. Buah Cili Khatan (Peter Pepper) atau Capsicum Annuum ini memang begitulah rupa dia. Sudah la begitu, pedas bukan main. Khabarnya 10 kali lebih pedas dari Cili Jalapeno atau Tabasco. Kalau terkena kulit, boleh mengelupas dek pedasnya. Kepada peminat cili, cubala buat ulam. Kalau tak gamak makan begitu saja disebabkan rupa dia tu, blender la, habis citer. Banyak orang sekarang citer fasal Cili Kulai atau Cili Centil aja. Tak cukup pedas tu. Bila pulak mereka nak tanam Cili Khatan ini. Agaknya serangga pun segan nak makan?Khabarnya Cili Khatan ini banyak terdapat di wilayah selatan Amerika Syarikat khususnya Texas dan Louisiana. Mungkin sebab orang terawal yang menemui biji benih cili ini iaitu Phil Gremillion berasal dari sana. Biji benih cili jenis ini pula amat sukar diperolehi. Kalau ada pun harganya sangat mahal, kira-kira RM20.00 untuk 10 ulas biji benih...Wow, mahal tu! Kalau kita dapat semai banyak-banyak, boleh buat duit merah banyak-banyak...Macam warna cili itu jugak kot? Tapi awas, ia terlalu pedas. Kata founder cili ini, dia terpaksa menanam benih cili dengan memakai topeng gas dan sarung tangan getah. Mesti la pakai kasut Phua Chu Kang! Mak Tuan. Punyer la unik cara nak tanam. Tak pelik la buah yang kuar pun unik gak...hehehe.


Jangan pulak lupa, buah cili memang banyak khasiat. Banyak vitamin A dan C. Cili boleh dibuat ubat bisul dan luka-luka ringan (daunnya aje ye, kalau buah cili tu, meraung nanti). Boleh gak merawat darah tinggi (guna akarnya saja). Cili memang penambah selera makan. Walaupun berair mata dek rasa pedas cili tu, tak pernah pulak kita dengar orang serik makan cili. Bubuh gak segenggam cili padi campur belimbing buluh setiap kali masak lemak ikan keli salai. Dengan cili khatan nie, cukup la satu atau dua biji...Dah podeh boghapi (kata orang Nogori). So, jangan la pandang rupa, tapi rasa!

Sumber: Disini


2 comments:

azli9 said...

ada jual ke biji benih cili ni bro?

Anonymous said...

Ade pasaran ke cili ni. Menggerunkan kaum hawa aje. Dah mcm anu org lelaki.