Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Wednesday, August 5, 2009

KISAH PESAKIT SELSEMA BABI

Ini kisah yang diceritakan oleh seorang kakak di mana adiknya dikesan positif virus Influenza A atau H1N1 atau lebih senang disebut selsema babi.

Dikatakan serangan virus selsema babi ini ada tiga tahap. Tahap pertama, pesakit biasanya dijangkiti demam, batuk, sakit tekak serta bersin yang tidak kuat. Pada tahap kedua, pesakit akan sukar bernafas seperti pesakit asthma dan perlu dikuarantin kerana virus pada tahap ini cukup kuat untuk menjangkiti orang lain.

Ditahap ketiga atau tahap kritikal, jangkitan virus menular ke dalam paru-paru seseorang. Apabila x-ray dilakukan, akan kelihatan virus seakan-akan memenuhi segenap ruang paru-paru. Seseorang pesakit ditahap serius ini memerlukan mesin oksigen sepanjang masa kuarantin serta dos ubat antiviral yang cukup kuat. Ia juga bergantung kepada tahap kekuatan imun seseorang. Menurut cerita kakak ini, adik lelakinya yang positif H1N1 itu cukup menderita menghadapi tahap kritikal tersebut sehingga ada waktu berguling di lantai sebab tidak tahan azab sakit dan sesak nafas. Bayangkan jika pesakit itu perempuan atau kanak-kanak. Pelawat hanya boleh melihat melalui cermin bilik kuarantin. Doktor dan jururawat juga memakai baju kalis jangkitan ketika merawat pesakit H1N1 ini.

Pada saat itu, dia hanya mampu berdoa kepada Allah, sembuhkanlah dari penyakit yang cukup berbahaya itu selain membekalkan adiknya tasbih dan surah yasin. Alhamdullah, dengan kehendak Allah jua adik beliau sembuh termasuk usaha gigih para doktor dan jururawat yang bekerja keras untuk membantu pesakit-pesakit H1N1 ini.


Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.Jika anda sakit anda perlu:-
* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.Info lebih lanjut boleh dibaca di link ini;

Nota kaki:

Wabak selsema babi di negara kita sehingga ini belum menampakkan tanda reda malah semakin meningkatkan korban kepada 13 orang, kebanyakannya kanak-kanak di seluruh negara. Justeru itu kalangan masyarakat tidak harus memandang ringan terhadap wabak ini. Tinjauan saya ke kawasan awam di Kuala Lumpur contohnya, orang ramai seakan-akan memandang sepi wabak ini. Tidak ramai yang memakai topeng keselamatan serta masih mengunjungi kawasan yang sesak yang berpotensi untuk merebakkan penyakit. Sebagai orang Islam, kita juga dituntut berdoa agar Allah melindungi kita semua dari wabak penyakit yang berbahaya ini.






No comments: