
Hanya disebabkan RM0.50 sen, seorang budak sanggup bertindak ganas dengan menoreh kemaluan rakannya dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar tengah hari kelmari. Kejadian yang berlaku dalam pukul 1 tengah hari kelmarin membuatkan mangsa, Muhammad Amir Amri (7 tahun), mengalami pendarahan teruk di kemaluan selepas diserang rakannya berikutan luka sepanjang tiga sentimeter pada buah zakarnya akibat torehan pisau lipat berkenaan.
Kejadian buli dan peras ugut ini berlaku di kantin, bila mana mangsa sedang membeli makanan kemudian si pembuli datang untuk meminta wang tetapi mangsa enggan menyerahkan wang tersebut kepada si pembuli. Mangsa yang ditumbuk beberapa kali oleh si pembuli itu masih enggan lagi menyerahkan wang sakunya membuatkan si pembuli berlari ke kelas untuk mengambil kotak penselnya yang disangka mengandungi wang.
Muhammad Amir Amri turut berlari sama ke kelas berikutan bimbang kehilangan kotak penselnya dan ketika dalam kelas, si pembuli itu bertindak lebih ganas dengan menyeluk poket seluarnya untuk mengambil baki wang.
Mangsa yang mengerang kesakitan hanya disedari oleh ayahnya bila dia ingin dijemput pulang. Ayahnya yang terkejut terus membawanya jumpa guru besar tetapi mereka tidak perasan akan kejadian itu. Disebabkan luka yang agak dalam, mangsa dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bendahara semalam, mangsa dilihat masih lagi kurang bermaya berikutan kejadian tersebut.Satu laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin kerana tidak puas hati dengan tindakan ibu rakan sekelas anaknya (si pembuli) itu yang seperti tidak menghormati keluarganya.
Ibu kepada si pembuli itu difahamkan langsung tidak menziarahi atau meminta maaf ketika berjumpa di sekolah selepas dipanggil guru disiplin. Manakala, Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, beliau belum menerima laporan mengenai kejadian buli itu kerana sedang mengikuti kursus di ibu negara.
Nota kaki:
Persoalan yang sering bermain dikepala saya ialah kenapa budak-budak sekarang begitu cepat pemarah dan suka mengamuk. Dalam urusan yang kita fikirkan kecil begitupun boleh jadi gempar sehingga mencederakan orang lain. Sesuatu yang tidak kena di dalam hirarki budaya sosial masyarakat kita perlu didedahkan kepada umum agar kita semua berbuat sesuatu. Jika tidak budaya samseng atau budaya pembuli ini akhirnya menular menjadi barah yang kronik.
No comments:
Post a Comment