
Kalangan kita tentu belum melupakan bencana hebat
Tsunami 2004 berikutan kesan yang telah dicetuskan oleh gempa bumi yang berpusat di barat laut Sumatera, Indonesia. Kesan tsunami pada 26 Disember 2004 itu turut dirasai oleh penduduk di pantai barat negara kita khususnya di Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bencana tsunami yang berpunca dari pergerakan plet tektonik dan gempa bumi di dasar laut Kepulauan yang terletak di Sumatera Barat menyebabkan berlakunya pergerakan ombak gergasi yang sungguh kuat dan menbinasakan.
Kali ini sekali lagi pakar geologis memberikan amaran kemungkinan besar bencana seumpama itu akan berulang semula pada 22 Julai 2009 ini. Hanya kali ini lokasinya berpusat di sekitar kepulauan antara Jepun dan Filipina. Negara-negara yang dijangka terjejas teruk ialah Filipina, Jepun, Indonesia, Australia, Singapura dan sebahagian Malaysia (Sabah dan Sarawak). Sama-samalah kita berwaspada, berusaha dan berdoa semoga Allah menghindari kita dari kesan buruk akibat bencana tersebut.
No comments:
Post a Comment