Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Wednesday, April 8, 2009

DARAH PERTAMA YANG TUMPAH DI BUMI

Seorang uskup dari Najran datang menghadap sang khalifaah. Uskup itu berkata, "Wahai pemimpin kaum muslimin, negeri kami dingin dan kehidupannya sukar, sehingga tiada yang dapat bertahan walaupun tentera. Jadi mereka tidak dapat datang ke sini. Aku sahajalah yang akan menjamin upeti negeriku dan aku bawakan untukmu setiap tahun."

Maka dia pun selalu membawa harta kekayaan setiap tahun dan sang khalifah memberi kebebasan kepadanya. Suatu ketika datanglah seorang uskup berserta rombongan. Dia telah lanjut usia, tampan dan berwibawa. Khalifah tersebut mengajaknya kepada Allah dan rasul-Nya serta kitab-Nya. Dia juga menjelaskan keutamaan Islam serta kenikmatan serta kemuliaan yang diperoleh kaum muslimin. lalu uskup itu bertanya kepadanya, "Wahai Amirul Mukminin, apakah anda membaca dalam kitabmu 'Dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,' maka di mana letaknya neraka?"

Khalifah diam dan kemudian berkata kepada Ali, "Jawablah kepada soalannya!"

Ali menjawab, "Aku akan menjawab soalan mu wahai uskup. Bagaimana pendapatmu jika malam tiba, maka di manakah siang? Dan jika siang tiba, maka di manakah malam?"

Uskup itu berkata, "Aku tidak mengira seseorang dapat menjawab pertanyaan ku tadi. Siapakah pemuda ini wahai Amirul Mukminin?"

Khalifah itu berkata, "Dia adalah Ali bin Abi Thalib, sepupu Rasulullah saww, menantu beliau dan ayah Al-Hassan dan Al-Husein."

Sang uskup berkata lagi, "Beritahu aku wahai khalifah, tentang tanah dari bumi ini yang hanya sekali disinari matahari dan tidak mendapat sinar sebelum dan sesudah itu?"

Sang khalifah berkata, "Tanyakanlah kepada pemuda ini!"

Lalu uskup tadi bertanya kepada Ali dan Ali pun menjawab. "Iaitu laut yang terbelah untuk Bani Israel maka matahari menyinari dasarnya saat itu. Penyinaran itu tidak pernah terjadi sebelum dan sesudah peristiwa tersebut."

Uskup kemudian berkata, "Beritahu kepada ku tentang sesuatu yang berada di tangan manusia yang menyerupai buah-buahan syurga!"

Sekali lagi sang khalifah berkata, "Tanyakan pada pemuda ini!"

Uskup kembali bertanya kepada Ali dan sekali lagi Ali menjawab, "Aku jawab pertanyaan anda. Itulah Al-Quran yang disepakati oleh penghuni dunia. Mereka mengambil darinya keperluan mereka, tetapi Al-Quran tetap tidak berkurangan. Demikian pula buah-buahan syurga."

Uskup berkata, "Anda benar. Beritahukan aku tentang darah yang pertama kali jatuh ke permukaan bumi!"

Ali menjawab, "Kami tidak sependapat dengan mereka yang mengatakan bahawa itu adalah darah anak rusa yang pertama kali lahir. Tapi darah yang pertama kali jatuh di atas permukaan bumi adalah ari-ari Hawa ketika melahirkan Habil putra Adam a.s."

Uskup berkata, "Anda benar. Tinggal satu pertanyaan lagi. Beritahukan kepada ku, di mana Allah?"

Sang khalifah marah, tetapi Ali berkata, "Aku akan menjawab pertanyaan anda. Bertanyalah kepada ku sesuka hati anda. Dahulu kami bersama Rasulullah, jika malaikat datang pada beliau dan mengucapkan salam, beliau bertanya, 'Dari mana anda diutuskan?' Dia menjawab, "Dari langit ke tujuh, dari Tuhanku.' Malaikat datang lagi dan beliau menanyakan pertanyaan yang sama. Jawab malaikat, 'Aku diutus dari bumi ke tujuh, dari Tuhanku.' Lalu malaikat datang untuk ketiga kalinya dari arah Timur, dan yang ke empat kalinya dari arah Barat. Dengan demikian Allah 'Azza wa Jalla ada di sana dan di sini. Dia di langit Tuhan dan bumi Tuhan"

Petikan sumber laman blog berikut;
http://dilautbiru.blogspot.com/


3 comments:

ANUAR ZAIN said...

Isk...kenapalah tak habiskan cerita! Tepaksalah saya ke lautbiru pulak nak tahu kesudahan cerita.

Zumna Affendy said...

Terima kasih atas komen dan syor saudara itu. Kini saya perbetulkan.

Unknown said...

Laut Biru, kena naik bahtera nabi Nuh a.s. untuk belayar....