Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran
usia 10 hingga 12 tahun.
Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya
berbekalkan sekeping kertas fotostat.
Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1
seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu
keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada
budak terbabit.
Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
"Bagi aku kertas yang kau pegang tu?"
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk
membolehkan saya membacanya dari jauh.
"BAGI AKU KERTAS TU?!!!"
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup
berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.
Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
"BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!"
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat - sebelahnya adalah salinan Penyata
Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008.
Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada
mangsa seperti anda.
(SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS
daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya
adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk
emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak
saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital
memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah
RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah
RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong
mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat
mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan
puan-puan.
Terima kasih.
Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu,
saya mengujinya dengan beberapa soalan.
Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang
menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan..
Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah
rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua
tiga minggu dia minta derma katanya.
Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya
ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya.
Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya
bertanyakan satu soalan cepumas...
Ok, kau kata mak kau sakit kan, ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari
lintang pukang...!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan
sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan
seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6
tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.
(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu....)
Catatan kaki:
Teringat saya sewaktu solat Jumaat di beberapa buah masjid sekitar Perak dan Selangor, terdapat beberapa orang budak yang sukarela menjadi pengutip derma sebelum dan selepas solat Jumaat. Tetapi apa yang saya kurang senang sikap sebahagian besar orang ramai yang memberi derma. Mereka tak masukkan dalam karung derma yang dibawa oleh budak itu. Sebaliknya masukkan dalam poket budak tersebut. Apa maksud mereka? Nak beri derma pada masjid atau pada budak? Saya yang duduk paling hujung dibelakang melihat poket budak itu semakin penuh sedangkan dalam karung beberapa ringgit saja yang jatuh?
Pengalaman saya waktu bersolat Jumaat di Perak mendapati wang yang masuk kepoket budak itu tidak diserahkan kepada masjid. Sebaliknya mereka beraya sakan bersama rakan-rakan mereka membeli apajuga yang mereka idamkan termasuk rokok dan alat permainan PS2. Siapa yang silap didik bebudak itu?





No comments:
Post a Comment