Berhati-hatilah apabila anda berhasrat untuk memakan makanan Jepun. Jangan sekali-kali anda mengambil mudah isu halal dan haram ketika anda membeli produk-produk makanan buatan luar negara khususnya produk makanan Jepun yang dijual di JUSCO, SOGO dan pasaraya lain. Kajian mendapati lebih 90% produk tersebut tidak halal. Sebagai contoh, semua mee segera dari Jepun tidak halal. Produk Sake mengandungi arak dari penapaian beras. Produk Ramen mengandungi lemak babi. Manakala produk Niku Ekis juga mengandungi ekstrak babi. Tambahan pula babi memang makanan ruji orang Jepun. Makanan sea-food dari Jepun walaupun tidak tercatat kandungan lemak babi pada label, anda juga perlu berhati-hati. Kalau boleh hindari makanan tersebut kerana kita masih ada banyak pilihan di negara kita. Kandungan buta, chikin dan apa-apa ramuan yang disebut niku adalah tidak halal. Mungkin ada produk Jepun yang diletak tanda halal (bukan Halal Jakim) tetapi semua produk tersebut sebenarnya tidak halal. Contohnya biskut buatan Jepun (Senbe atau Seaweed). Seaweed ini mengandungi mirin atau manisan arak Sake dan lemak babi. Tolong sebarkan kepada rakan-rakan seugama.
Ihsan foto:
http://www.dineouthere.com/images/yamato-sushi-03.jpg





No comments:
Post a Comment