
Bekas presiden Amerika, George Bush terpaksa mengendalikan isu ini dengan berhati-hati. Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk itu mengisytiharkan perang dengan manusia atas bumi. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggal di situ. Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin beribu atau berjuta lagi orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di dalam perut bumi. Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia namun ada juga sedikit perbezaan. Mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa iaitu kira-kira setinggi 8 atau 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), mungkin direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole. Kulit mereka sangat kuat. Ia bertujuan untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah bumi. Didapati wujud perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu. Mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo kuno. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau. Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan. Mereka amat suka buah-buahan segar. Saya beri mereka sedikit anggur dan mereka terus berpesta dan bersukaria. Mengikut kata sumber itu bahawa amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka bumi. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka. Apa yang mereka makan dan bagaimana mereka tinggal serta yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia. Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka asal nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ? Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang atau pun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan atau membenarkan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran bahawa mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat. Menurut sumber itu lagi, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole. Satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin bertujuan untuk mengintip
No comments:
Post a Comment