Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Friday, November 14, 2008

SKETSA HUJUNG MINGGU


Memang Doktor Bedah

Pesakit A baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan. Dia melihat ada dua orang pesakit lain turut berada dalam wad yang sama. Dia tersenyum.
Pesakit A: Syukurlah, semua yang menakutkan saya sudah berlalu!
Pesakit B: Jangan terlalu yakin saudara. Orang kata doktor di sini pelik semacam. Kelmarin mereka tertinggal plaster di dalam perut aku, Hari ini aku baru je selesai pembedahan sekali lagi!
Pesakit C: Betul kata kawan kita tu! Kelmarin dulu, aku pun kena ulang bedah kerana mereka kata tertinggal gunting di dalam perut aku.
Pesakit A: Eh! Mana mungkin teruk macam tu!
Tiba-tiba doktor pakar pun muncul di depan pintu sambil bertanya pantas.
Doktor: Ade sesiape nampak handphone saya kat bilik bedah tadi?
Sume Pesakit: Dia buat hal lagi la…

Kalau Mahu Bisik


Seorang anak kecil berlari ke ruang tamu ketika mama dan papanya sedang berbual sambil menjamu rakan-rakannya.

Budak: Mama! Saya nak kencing!

Si ibu cepat-cepat membawa si anak ke bilik air sambil berkata,

Ibu: Lain kali kalau kamu hendak kencing cakaplah ‘nak bisik’ supaya lebih sopan sikit cakap depan orang, faham?

Budak: Faham mama.

Beberapa malam kemudian, si budak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tidur lena.

Budak: Cepat mama, saya nak bisik!

Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih separuh sedar berkata ,

Mama: Kamu nie selalu saja ganggu mama tidur. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik kat telinga papa kamu di sana, faham!

Budak: Faham mama.


Panggilan Romantis


Kamal diundang kawannya untuk makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan bla..bla..

Kamal: Romantis betul kamu berdua, Setelah bertahun menikah, kau tetap memanggil isteri kau dgn kata-kata itu. Kalau boleh aku pun nak cuba belajar cara kau, Mizal!

Mizal: Lebih baik tak usah kau ikut cara aku Kamal!

Kamal: Eh! Kenapa pulak? Kan romantis tu.

Mizal: Sebenarnya, aku ni ada penyakit. Aku mudah lupa nama isteriku sejak tiga tahun lalu.


Dua Pesakit Jiwa


Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum bertindak melarikan diri, orang gila pertama pergi membuat tinjauan akhir. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.


Gila 1 : Aduh, masalah besar. Rancangan kita pasti gagal!

Gila 2 : Mengapa pulak? Adakah pintu keluar dikawal ketat ?

Gila 1 : Tidak, sama sekali tidak ada pengawal.

Gila 2 : Kalau tak ada pengawal lagi tak perlu risau?

Gila 1 : Mana aku tak risau. Pengawal tak ada sebab pintunya sudah tidak ada. Tapi paling aku risau kat mana kita nak letak tangga kita tu?

Gila 2: Betul gak.. Kan bagus kalau ada pengawal, baru ada pintu dan senanglah kita nak letak tangga kitakan?

Gila 1: Betul! Betul! Betul!


Adaptasi: http://isuhangat.blogspot.com/


No comments: