Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Wednesday, November 19, 2008

FAKTA COCA-COLA


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang telah dibuat oleh ahli sains kesihatan dan sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coca-Cola atau ringkasnya Coke.

Di dalam kebanyakan negeri di
Amerika, kereta peronda lebuhraya akan memuatkan dua gelen Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna bahan ini? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian berikut:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 - 4 hari.

2. Untuk mencuci tandas - Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa boleh buat sabun badan.

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru atau nat bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat - Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan yang ketat boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak atau lekit pada pakaian - Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu, kotor dan melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap cermin sampai bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah Asid Fosforik. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.

8. Asid Fosforik juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan seterusnya menjadi punca utama penyakit ostoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki. Sepatutnya lori itu dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis".

9. Kandungan gula dalam setin Coke adalah 18 sudu teh. Cuba bancuh kopi atau teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan cuba minum. Anda mesti termuntah kerana terlalu manis. Tapi cuba tambahkan citric asid, rasa manis akan hilang. Tambah pula dengan ais!. Wahh! rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan dll. Sama saja!


10. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh macam candu masuk ke China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca dan kacang Cola. Sebab itu timbulnya perkataan Coca-Cola tu.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Coke boleh dijadikan racun serangga. Siapa ada tanam pokok cili kat rumah, cuba semburkan Coke untuk bunuh serangga. Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian kecemasan jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis di rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika masih ragu. Dan anda boleh saksikan sendiri hasilnya.

No comments: