Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Friday, November 28, 2008

DEMAM CHIKUNGUNYA


Beberapa hari lalu akhbar melaporkan beberapa kes demam berpunca virus bawaan nyamuk seperti Denggi dan Malaria di Negeri Sembilan. Beberapa kes dilaporkan di daerah Rembau, Jempol dan Seremban. Kes Demam Chikungunya juga turut dilaporkan di beberapa daerah. Demam ini berpunca dari virus Chikv bawaan nyamuk Aedes Aegypty tetapi ianya berbeza dengan demam Denggi. Chikungunya bermaksud melentok atau terbongkok atau kering yang merujuk kepada keadaan pengidap demam ini terbongkok akibat sakit sendi dan sentiasa kering mulut dan tekak. Umumnya demam ini tidak membawa kematian kecuali jika ada komplikasi lain. Persoalannya, kenapa bahaya demam Chikungunya ini tidak diwar-warkan sangat oleh suratkhabar, tv dan media lain? Rakyat pula masih ramai tidak menghiraukan penjagaan kebersihan rumah, kawasan taman perumahan, longkang tersumbat dan air bertakung. Malah kempen pemakaian kelambu berubat juga tidak disebarluaskan.

Sepanjang diketahui umum, tiada penawar khusus bagi demam Chikungunya. Justeru itu kita seharusnya diajar cara pemakanan berkhasiat bagi tujuan mengurangkan simptom sakit demam Chikungunya ini. Pemakanannya ialah sama seperti mereka yang ada sakit sendi , athritis dan sebagainya. Aspirin atau ubat sakit kepala yang selalu diambil hendaklah dikurangkan ketika sakit sendi yang kuat. Ada pesakit yang teruk hingga tak boleh bangun atau bergerak atau berjalan bila kena demam ini. Walaupun demam Chikungunya ini dikatakan tidak membawa maut , tetapi ianya boleh menjejaskan kehidupan harian, khususnya menjejaskan produktiviti. Walaupun pesakit itu sudah baik dari demam, sakit sendi dan rasa lemah seluruh badan masih ada dan boleh berulang dalam tempoh beberapa bulan.

Catatan: Sudah lebih dua minggu aku mengidap demam yang mungkin sinonim dengan Chikungunya ini. Melihat kepada simptom yang sama seperti sakit sendi jari tangan dan kaki, demam panas khususnya waktu malam, hidung berair, batuk kahak, sakit tekak, kurang selera makan, mata merah, badan lemah dan kerap cirit birit adalah tanda jangkitan virus Chikv. Cuma doktor tidak diagnos virus apa sebenarnya dalam darah. Tiga kali sampel darahku diambil menunjukkan berlaku penurunan platelet - sejenis agen pembeku dalam darah. Kata doktor, jika kadar platelet dalam darah berkurang dari 100,000 maka rawatan di wad perlu dilakukan. Tapi aku cuma diberi ubat demam, aspirin, ubat batuk dan sedikit multivitamin. Memang tiada vaksin khusus untuk Chikungunya kecuali aku diminta berehat, kuarantin diri dari aktiviti lasak dan jaga kesihatan dengan pemakanan berkhasiat terutama pengambilan vitamin A. Ada juga yang nasihatkan aku supaya minum air kelapa muda, air isotonik dan air mineral dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah, sekarang demamku beransur pulih.


Maklumat lanjut:
http://amkns.blogspot.com/2008/11/demam-chikungunya-melanda-negara.html

http://id.wikipedia.org/wiki/Chikungunya
Ihsan Foto:
http://tierralatina.blox.pl/html/1310721,262146,21.html?66620

No comments: